Top 10 artis suara unik

Dalam ramai-ramai artis dekat Malaysia, siapa yang korang rasa ada suara paling unik atau kita panggil “suara emas”? Ofkos lah sedap, berlemak dan lain dari yang lain. Kalau ikut sepakat muafakat MKR, ini pilihan kami :
1. Syafinaz Selamat

Picture

Selama ni mesti ramai yang tak menyedari kewujudan penyanyi yang bernama Shafinaz ni dalam industri muzik tanah air kita. Shafinaz bukan calang-calang orang tau! Apa yang special tentang gadis cantik ni ialah dia sangat dikenali kerana suara soprano yang dia miliki. Sangat unik dan korang patut dengar.
​2. Ella

Picture

Siapa tak kenal penyanyi Rock Malaysia yang satu ni. Even dah bertahun-tahun memegang gelaran tu still tak da penyanyi lain yang boleh menggantikan tempat Ella. Fakta menarik tentang Ella ni dia merupakan satu-satunya penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi muzik rock pada tahun 1987 bersama dengan penyanyi rock lelaki yang lain.
​3. Shila Amzah

Picture

Walaupun mengenakan imej bertudung, ini tak menjadi halangan untuk Shila meluaskan karier nya sampai persada antarabangsa. Alunan suara yang merdunya bukan sahaja mendapat tempat di hati peminat di Malaysia tetapi turut mendapat perhatian dari peminat di China.     ​
4. Aris Ariwatan

Picture

Aris Ariwatan adalah merupakan vokalis band muzik Rock Malaysia yang turut terkenal mempunyai suara power.  Actually, Ariwatan ni merupakan sebuah band yang berasal dari Ipoh, Perak dan kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1988 dengan nama SYJ.
​5.Shamrin Fotograf

Picture

Mohd Shamrin Abd Samad merupakan bekas vokalis kumpulan rock terkenal Malaysia era 80-an dan 90-an iaitu kumpulan Fotograf. Walaupun band ini merupakan banda lama tapi lagu-lagu mereka still menjadi siulan peminat-peminat rock sampai sekarang.
6. Azharina

Picture

Jangan kata akak tak payung otai yang masih berbisa ni. Hahaha walaupun Azharina merupakan penyanyi veteran tanah air tapi namanya tak pernah luput dalam industri seni muzik. Pencapaiannya baru-baru ni yang telah meraih gelaran juara dalam rancangan realiti TV juga turut menghangatkan lagi namannya dalam bidang nyanyian.
​7. Hazama

Picture

Siapa tak kenal juara Akademi Fantasia musim ke-9 Hazama b. Ahmad Azmi yang semakin hari semakin menempa nama dalam bidang nyanyian. Baru-baru ni, Hazama turut diberi kepercayaan untuk menjadi mentor dalam program realiti TV Mentor Milenia bersaing dengan barisan penyanyi hebat yang lain seperti Akim dan Black. 
​8.Haqiem Rusli

Picture

Walaupun masih muda dan baru lagi dalam bidang nyanyian, namun Haqiem Rusli mempunyai bakat besar dalam industri ini. Setiap lagu yang dicipta untuknya adalah sedap-sedap belaka seiring dengan suara lunak yang dia miliki. Kalau korang rasa nak jiwang tu try la layan lagu tergantung sepi ataupun segalanya.Best!
9. Syamel

Picture

Tak ku menduga kau berlalu pergiii….siapa tau siapa penyanyi lagu tu? mesti la Syamel comel ni. Syamel adalah bintang kelahiran Akademi Fantasia yang turut berjaya mengekalkan nama dalam industri seni muzik di Malaysia. Kalau korang nak tahu, single terbarunya berjudul Lebih Sempurna baru-baru ni telah menduduki top 5 ERA 2017. Ha, hebat kan.
10. Yabang Khalifah

Picture

Muka nampak macam cool je tpi vokal power giler itula dia Yabang Khalifah. Selama ni mesti ada je yang imagine mesti vokalis kumpulan Khalifah ni berimej ala-ala rock rambut kerinting, panjang dan macam-macam la…Orang kata air yang tenang jangan disangka tak ada buaya…hahaha

COMMENTS