Tips Jadi Hot Macam Brad Pitt

Picture

Pernah tak korang terfikir, kenapa hidup ni masih membujang? Kenapa korang tak menjadi seseorang yang penting di kampus atau kelas korang? Salah satu sebab adalah penampilan korang sendiri. Haaa..! Team MyKampus Radio nak bagi tips sikit cara mudah nak bergaya atau penampilan korang sendiri supaya korang nampak lebih yakin, macho, maskulin dan tampan bergaya yo!! Tak kira lah korang kurus kering ke, gemuk ke.. Ikutlah tips ni!

Picture

1. Pilih Pakaian Fit
Benda utama yang orang pandang adalah pemilihan pakaian baju korang. Selalunya masalah bagi lelaki ni ialah memakai baju lebih besar daripada badan. Pastikan korang pilih pakaian yang fit, tetapi bukan menjerut korang ye. Yang ketat macam baju renang tu tak payah lah! Fit yang sedang2 sajaa. Yang berbadan gempal pun sama tau. Jangan ketat sangat, nanti nampak ‘benda lain’ xD

Picture

​2. Tak Digalakkan Pakai Baju Yang Ada Logo Besar
Korang kena hati-hati tentang pemilihan t-shirt korang tu. Jangan pulak pilih baju yang ada logo besar pulak. Contohnya Coca Cola. Haha! Bukan nak halang korang pakai, tapi macam seolah olah macam korang dibayar oleh satu syarikat untuk jadi papan iklan bergerak. Nak pakai boleh, depends lah.. Coca Cola tu contoh je tau! Jangan ambik hati. Haha

Picture

3, Jangan Beli Kerana Brand​
Sebelum beli apa-apa pakaian, pastikan tanya pada diri sendiri dulu! “Aku ni beli sebab brand ataupun sebab kena dengan gaya aku?”
Biar beli pakaian murah asalkan cantik dan kena dengan gaya dan citarasa korang! Okay?
4. Jangan Malu Tanya Pendapat
Okay, pasal ni nak tekankan sikit. Kalau korang nak bergaya sikit, rajin rajinkanlah diri untuk bertanya pendapat orang terdekat sama ada pakaian yang korang pakai tu nampak awesome atau sebaliknya. ​
5. Simple tapi Smart
Bila cakap pasal fesyen atau bergaya, bukan bermaksud korang kena pakai pakaian macam ala-ala artis. Pakai simple pun dah cukup. Yang penting, jangan menggayakan pakaian yang melebihi 3 warna. Nampak cacat pulak nanti. Haha

COMMENTS