Spek Generasi 60-an Kembali?

Korang mesti tau trend sekarang orang pakai spec mata bulat ala John Lennon legend The Beatles. Trend zaman dulu yang kini dikembalikan oleh remaja-remaja zaman sekarang. Bak kata orang Classic moden. Orang lelaki pula masih ramai memakai spec mata hitam kerana penampilan lebih bergaya, mystery dan hensem.

Picture

WAJAH BULAT
Normalnya, rakyat Malaysia mempunyai bentuk muka yang bulat. Pemilihan kaca mata jenis wayfarer sangat sesuai. Bentuk ini mampu membuatkan wajah kelihatan lebih kecil dan runcing. Untuk nampak lebih bergaya dan stylo pilihlah bingkai yang berwarna ceria atau bermotif.

Picture

WAJAH KOTAK
Gadis yang miliki bentuk muka seperti ini perlu mencuba kaca mata berbentuk Aviator. Jenis kaca mata seperti ini mampu memperlihatkan bentuk rahang lebih kecil dan halus. Bentuk melengkung di kacanya mengimbangkan bentuk dahi dan rahang agar tidak kelihatan pelik dan kelakar.

Picture

WAJAH OVAL
Individu yang miliki wajah seperti ini sangatberhuntung kerana mereka sesuai memakai apa sahaja bentuk kaca mata yang ada. Tetapi, sangat di sarankan memilih kaca mata yang berbentuk eye cat atau Clubmaster. Ini kerana, kaca mata berbentuk seperti ini akan menonjolkan tulang pipi serta memperlihatkan bentuk wajah yang sempurna.

Picture

WAJAH HATI
Bentuk wajah seperti ini sama seperti wajah oval. Tetapi mereka lebih sesuai memilih kaca mata yang bulat. Jika kamu sangat mementingkan gaya dan penampilan, pilih kaca mata yang unik dengan gaya vintage ala-ala The Beatles.

COMMENTS