Seksi Lelaki Berjambang ni?

By : E-One

Picture

Nak kekal nampak seksi dengan berjambang? Sini ada tips yang best untuk korang! Baca sampai habis tau.

Picture

1. POTONGAN
Pastikan potongan jambang anda mengikut kesesuai muka atau keinginan anda sendiri. Nak nipis ke, panjang ke, lebat ke, kerinting ke terpulang pada anda. Nak potong sendiri atau kedai pun boleh, tapi pastikan jambang tumbuh dengan lebat terlebih dahulu sebelum trim atau potong mengikut kehendak masing-masing ini kerana untuk mengelakkan jambang kelihatan tidak rata.

Picture

2. PENJAGAAN WAJAH
Bagi yang dah ada jambang, pastikan korang rajin menjaga wajah anda, Jangan main ambil ringan tau!
Kena beringat, kulit yang bersih mengalakkan pertumbuhan bulu halus (take note siapa yang baru nak mula berjambang) 
Jalani kehidupan yang sehat, tidur yang cukup kerana ada kajian mengatakan bulu gugur adalah kerana kehidupan seharian yang penuh stres dan tidak cukup rehat. Nak jambang lebat kena tidur cukup.

Picture

3. SYAMPOO
Jambang ni sama jer macam rambut kena syampoo supaya kelihatan bersih dan tidak berbau!

Picture

4. TRIM
Jambang yang lebat harus lah selalu trim bagi mengelakkan bercabang dan serabut  supaya tak nampak selekeh. Ingat! Walupun jambang korang halus ataupun tak tebal tak bermakna korang boleh elakkan untuk trim tau? Ini bagi menjamin kekemasan jambang supaya nampak cool!

Picture

5. SIKAT
Lepas korang dah trim tu sikat la jambang tu supaya tak nampak serabut. Cukup la awek korang kata korang tu serabut. Hahaha. Sikat ni penting tau! Jangan ambil mudah!
6. MINYAK
Sama juga macam penjagaan rambut menggunakankan minyak. Selalu dengar minyak rambut jekan? Kali ni ada minyak jambang pulak! Ada macam-macam brand minyak jambang ynag korang boleh dapat kat luar sana.
7. MAKANAN TAMBAHAN
Minyak Jambang je mana cukup! Cara pemakanan juga memainkan peranan dalam kelebatan jambang, Untuk mempunyai bulu yang lebat amalkan pemakanan yang mempunyai  Vitamin B1, B6 dan B12 kerana ianya membantu pertumbuhan bulu dengan cepat. Juga jangan lupa makan makanan yang berprotein kerana protein juga membantu meransang pertubuhan bulu.
8. PEMAKAIAN
Untuk nampak lebih seksi lagi cara pemakaian dan drees-up kena lah nampak bergaya juga! Baru lah cool dan nampak seksi selalu!
Amacam? Dah rasa nak berjambang tak? Seksikan? Jom ikut tips ni! Jika korang ada tips lain untuk share dengan pendengar lain  boleh aje email kepada kami [email protected] okay?

COMMENTS