Pilih Skirt Labuh Ikut BodyShape

By : E-One
Bagi wanita yang berhijab kat luar sana mesti ramai yang minat dengan Skirt Labuh tetapi runsing macam mana nak nampak cun kan? Usha ni

Tubuh Tinggi Dan Ramping

Untunglah bagi yang memang dah mempunyai bentuk tubuh yang tinggi dan ramping.

Ini adalah kerana segala jenis skirt akan kelihatan sesuai di tubuh anda. Begitu juga dengan rekaan, corak dan warnanya. Semuanya nampak serasi dan cantik dengan anda.

Tubuh Pendek

Ramai yang bertubuh pendek takut untuk mengayakan skrit labuh kerana merasakan akan ‘tenggelam’ dan nampak semakin pendek kalau gaya betul korang akan nampak tinggi tau?

Sebenarnya ada trik menarik kami nak share!

Anda boleh padankan skirt labuh dengan blouse  yang sedikit fit atau ‘ngam-ngam’ di badan anda. Pastikan blouse yang dipakai berwarna lebih gelap daripada skirt tersebut. Selain itu, elakkan memakai skirt dengan corak bersaiz besar dan kasut flat. Sebaiknya anda pakai wedges ataupun higheels.

Bertubuh Gemuk

Korang yang bersaiz besar atau gemuk, jangan sembarangan memilih skirt labuh. korang perlu memilih skirt yang mampu menutupi seluruh bahagian kaki.

Apabila anda tidak menutupnya, bahagian tersebut akan memperlihatkan anda semakin gemuk!
Selain itu, elakkan memilih skirt yang terlalu ketak dan bercorak besar

p/s : Gambar adalah sekadar hiasan dan sumber didapati di google

Amacam tips ni? Berguna x? kalau korang ada tips lain nak share dengan MyKampusRadio boleh email di [email protected]

COMMENTS