Magis Kitar Semula

Picture

Untuk yang suka guna bahan terbuang untuk dijadikan hiasan dalam rumah ni kita nak panggil dorang apa? (*hmmmm*) Dorang ni seorang yang kedekut? Ke seorang yang berjimat cermat? Atau dorang memang suka hasilkan sesuatu daripada bahan terbuang?

Antara hiasan rumah yang korang boleh buat dengan super simple and super awesome menggunakan bahan terbuang.

Picture

Korang yang ulat buku pastu banyak sangat buku sampai tak tahu nak letak kat mana? Nak beli almari baru mahal? Cuba korang try (*same je kan?*) buat sendiri. Bahan yang korang perlukan cuma hammer, paku, pallet kayu and ofkos space.

Tutorial : https://www.youtube.com/watch?v=7-AAeIwPfmo

Picture

Untuk yang suka sangat kumpul kotak atau yang banyak sangat kotak dekat rumah tu, apa kata korang jadikan kotak tu sebagai lampu! Berwarna sikit bilik tu bila malam, kan?

Tutorial : https://www.youtube.com/watch?v=oSNIDt5O4GA

Picture

Banyak sangat botol berkaca sekarang kan? Apa kata korang jadikan botol tu sebagai pasu bunga. Korang boleh jugak jadikan dia sebagai hiasan untuk apa apa dalam tu (*contohnya cengkerang siput tepi pantai*) Boleh jugak dibuat dengan botol plastik.

Tutorial : https://www.youtube.com/watch?v=u8nHv8y_JTE

Picture

Siapa sini pernah main ceper? Ye. Yang guna penutup tin tu. Tapi, kita nak cerita pasal penutup botol. Penutup botol ni korang boleh jadikan hiasan dinding atau card holder atau tempat letak barang kecil. Awesome kan? Kumpul then korang decor lah dekat dinding rumah yang kosong tu. Confirm cun!

Tutorial https://www.youtube.com/watch?v=tByCDBWmY5A

Macam mana? Dapat idea tak nak buat atau kita panggil life hacks guna barang recycle? Korang ada idea lain untuk nak decor rumah guna barang barang recycle atau terbuang? Kalau ada, jom lah share dengan mykampusradio. Emailkan pada [email protected]

COMMENTS