Kaca Mata Hitam, Seri Personaliti Anda

by; Amir Alif

Tak susah pun nak pilih kacamata hitam ni sebenarnya. Kalau kacamata hitam yang dipilih tu tak sesuai dengan bentuk muka nanti pelik dan buruk la jadinya.

Tak kira lah ia adalah cermin mata harian ataupun sekadar aksesori yang dipakai bagi melengkapkan gaya anda, ia kenalah ikut bentuk muka.

Picture

​1. Bentuk muka runcing

Kebiasaanya muka seperti ini mempunyai dahi yang agak luas seperti bentuk hati. Jadi bingkai cermin mata yang sesuai adalah seperti ‘cat eye’ atau bentuk rama-rama.


​2. Bentuk muka bulat

Untuk wajah seperti ini, anda boleh menggunakai cermin mata berbingkai empat segi. Ia boleh mengimbangi bentuk muka anda yang bulat.

​3. Muka bujur sirih

Bentuk muka ini sesuai untuk semua jenis kaca mata. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya.

​Kesemua jenis reka bentuk yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka seperti ini. Bertuah siapa yang memiliki bentuk muka bujur sirih.

Picture

​4. Bentuk muka segi empat

Cermin mata yang paling sesuai adalah berbentuk bulat, bujur atau cat eye. Seperti bentuk muka bulat, bingkai seperti bulat membantuk mengimbangi bentuk muka anda.


​Perlu diingati, pemilihan bingkai dan jenis kaca mata boleh melambangkan personaliti anda. Untuk gaya yang lebih versatile, anda boleh gunakan ton warna yang lebih gelap seperti hitam atau coklat. Selamat berkacamata !

COMMENTS