Beras Murah Luar Biasa

Picture

Macam macam rupanya yang kita boleh buat dengan beras ni. So, dekat sini akan dikongsikan beberapa kegunaan beras ni selain daripada masak nasi. (*ade ke?*)

Picture

MENGURANGKAN SAKIT OTOT
Ni untuk  yang selalu sakit otot atau bila sakit otot tak tahu macam mana nak kurangkan sakit tu. Apa yang korang boleh buat ialah isikan beras (*tak terlalu banyak, tak terlalu siket*) dalam satu katung atau sarung, kemudian panaskan dalam microwave selama satu minit (*kalau tak cukup panas, biarkan lama lagi*) dan letak pada bahagian otot yang sakit tu.

Picture

BERSIHKAN BOTOL
Biasanya susah nak cuci bahagian dalam botol kan? Haa. Ini ada cara yang simple boleh korang buat.

Ambik segengam beras dan masukkan dalam botol yang dah dicuci dahulu. Lepastu, campurkan sikit dengan air/air sabun dan shake. Senangkan?

Picture

PENYELAMAT DEVICE KECIL
Kalau tablet atau handphone atau apa je device kecil korang jatuh dalam air atau basah (*banyaknya atau*), jangan panik! Letak kan device kecil korang tu dalam beras dan biarkan semalaman sebab beras mampu menyerap haba. Tapi, kalau tak boleh jugak, say goodbye je lah kat device tu ye.

Picture

MENCERAHKAN KULIT
Nak kulit cerah dan flawless? Haa! Ni ade tips simple and takpayah mahal mahal beli skincare. Pakai apa ada je. 
Air basuhan beras yang terakhir tu jangan buang! Sebaliknya, korang ambik pastu letak kat muka. Biarkan sekejap lepastu basuh muka tu. Kalau buat selalu, memang nampak berbeza. Tapi kalau yang dah memang semula jadi kulit gelap, I pun tak boleh tolong uolss.

Picture

BUAT SUSU BERAS
Senang je nak buat sus beras ni. Ambil secawan beras, 4 gelas air dengan sedikit garam. Blend 3 bahan tu. Lepas dah siap, simpan dalam peti ais dan enjoy your drink! Korang boleh tambah gula juga bila bila yang korang nak.
Haa. Itu antara kegunaan beras selain daripada dijadikan nasi untuk makan. Kalau ada tips lain atau kegunaan lain, korang boleh share dekat [email protected]

COMMENTS