5 Jenis Belt Yang Lelaki Patut Ada

By : Zatty
Lelaki mesti nak nampak kemas, macho dan kacak supaya gadis gadis nak gedik gedik dengan korang. Jadi, tali pinggang tu pun mainkan satu watak dalam penampilan, tahu?
Formal
Kalau yang nak pergi majlis formal mesti pakai baju yang boleh buat gadis gadis gugur iman, kan? Jangan rosakkan outfit formal korang sebab belt tak kena. Pakai tali pinggang yang kepalanya segi empat atau bulat sebab dia tak terlalu besar dan menonjol. Pakai jugak yang jenis berkulit (*tak kesah lah murah ke mahal. Orang tak tahu pun kalau korang tak cakap. Hehehehe*)
Casual
Kalau korang kerja luar kawasan yang kena pakai jeans atau chinos, korang mesti nak nampak rugged or hipster sikit. Pakai jenis yang simple dan santai. Yang paling penting, tak terlalu menyerlah. Barulah
#kacaktidakberdaya
Suede
Kalau yang berkulit majoriti sesuai untuk outfit formal dan kalau yang casual memang sesuai pakai belt jenis berkain tapi bergetah. Belt jenis ni untuk korang yang nak lepak tempat mahal dengan kawan kawan usha awek. Try lah! Mesti ada yang sangkut.
Slim
Slim belt adalah satu lagi gaya fesyen yang diminati ramai dan jenis ni memang cuns untuk outfit pergi majlis majlis perkahwinan of the year (*boleh cari jodoh juga, okay? Jangan risau lah.*)
Fabrik
Asyik pakai tali pinggang kulit je? Warna pun hitam atau cokelat je selalu? Tapi memang agak mengarut lah kalau korang pakai jenis tu untuk party hujung minggu, kan? Pakai yang jenis fabrik ni sebab dia ada macam macam warna dan corak yang sesuai untuk korang yang suka gaya santai. Boleh lah pergi party hujung minggu
sumber daripada :  http://read.bi/2l6bf8O​
Ade idea dah sekarang? Kalu rasa mahal, beli yang murah. Orang tak tahu pun. Yang penting gaya mesti ada.
Untuk korang yang nak kami post apa apa topik atau tips, boleh hantarkan ke [email protected]

COMMENTS