Pergi Travel Bawa RM500 je?

Korang pernah dengar tak istilah “hitchhiking”? Kalau korang nak tau, ada satu cerita berkenaan seorang gadis dari Malaysia mengembara seorang diri hanya berbekalkan wang sebanyak RM800 selama 13 bulan! ‘Hitchhiking’ ni basically salah satu cara dapatkan pengangkutan yang diperolehi dengan meminta orang. Biasanya orang yang tak kenal. Atau istilah yang senang nak faham. “Menumpang kereta orang yang tak kenal”.

Kami di MyKampus Radio nak bagi tips2 Newbie nak jadi “Hitchhiker”. Antaranya ialah:

1. Buang Plan Korang
Kalau korang betul-betul semangat nak ‘hitchhiking’ , korang mesti buang rancangan yang korang dah plan awal-awal. Kalau tak, tension lah kat sana nanti. Sebab korang tak tau bila korang akan mula dan berakhir atau bila korang akan sampai satu destinasi tersebut. Ini adalah sebahagian daripada pengembaraan yo!

2. Bawa Member (Kawan/Teman)
Berdiri sahaja di tepi jalan selama berjam-jam boleh membuat anda berasa sedih dan kesepian. Jadi, bawalah sorang member korang. Takdelah bosan nanti menunggu. Lagi satu, kalau bawa member pun selamat. Nanti takdelah orang yang melakukan sesuatu  jahat/niat tak betul pada anda.

3. Tempat menunggu atau hitchhike
Kalau korang di dalam bandar atau luar kawasan bandar, berkemungkinan besar korang tak dapat menumpang. Orang bandar mungkin ulang-alik ke tempat kerja dan tak berminat dengan korang. Korang kena guna google maps check jalan mana yang betul untuk dituju ke tempat korang nak pergi. Biasanya tempat yang paling berkesan ialah jalan sebelum ke highway, kedai serbaneka, servis area dan station minyak.Kalau korang hitchhike silap jalan alamatnya memang tak ada kereta yang berhenti la. Jadi jalan yang betul ni penting..

4. Pakaian Anda
Warna yang terang adalah paling penting dalam hal ini! Dengan warna pakaian juga menarik perhatian orang. Pastikan pakai baju warna yang terang. Jangan pulak cuba memakai pakaian yang mendedahkan korang berpeluh! Kalau nak mintak tumpang tu, buka cermin mata hitam kalau berborak dengan pemandu (sekiranya ada). Eye contact tu paling penting!

Kami harap serba sedikit dapat membantu korang semua untuk travel nanti ya! Rock and Roll! Kalau nak tambah tips, boleh email kami [email protected] !

COMMENTS