Wow! Jom lepak Theme Park!

Nak pergi themepark weekend ni tapi tak tahu pilihan yang ada dengan harga? Lokasi? Jangan risau. MKR ada siapkan list untuk korang. Pilih dan book ticket je. Jom check out.
1. Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh, Perak.

Picture

Haa, kalau korang dak -dak yang suka tengok kartun walau dah besar panjang, nii ada satu port baik punya untuk korang datang. MAPS merupakan taman tema animasi pertama Asia dan bertemakan antarabangsa.  Kerlas kau jah ! MAPS merupakan tarikan terbaru di Ipoh dan menempatkan lebih daripada 40 tarikan di 6 zon yang superb tertarik kebaboom Animasi Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Zon Tindakan Langsung, Zon Hutan Fantasi dan Zon Lakeside. Taman tema animasi direka khas untuk hiburan para tetamu dari semua peringkat umur . Kalau korang dari KL naik kereta, cuma 2 jam je untuk ke sana melalui laluan Exit Tol Jelapang di Lebuh raya Utara- Selatan. Kalau korang naik tren, korang akan sampai di Stesen Kereta Api Ipoh melalui ETS Train. Then, sewa lah Grab, dalam 15 minit sampai dah! Tiket pula bermula pada harga RM 50. Kalau nak tau banyak, nah tanya pak cik google http://www.mapsperak.com/.
2. Legoland Malaysia Water Park, Johor.

Picture

Siapa je yang tak tau pasal Legoland? Rata- rata mesti tau kan cuma pergi tak pergi je lagi kan,kan. Haa, alang- alang nak cari port best- best tu untuk theme park kat Malaysia ni, jom lah plan pergi Legoland. Kenapa korang wajib pergi? Sebabnya kat dalam Legoland semua best- best feeling -feeling oversea gitu. Semua dalam tu bentuk lego. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Waktu operasi Legoland ialah dari pukul 10 pagi sehingg 6 petang setiap hari. Harga kalau korang beli onlinecuma RM104 untuk dewasa dan kanak- kanak RM 88. Untuk walk-in pula, dewasa RM129 dan kanak-kanak RM109. Nak naik kereta ke bas ke senang je. Google untuk info lanjuthttps://www.legoland.com.my/explore-legoland/about-legoland-malaysia-resort/​ .

3. Angry Bird Activity Park, Johor Bahru. 

Picture

 Taman tema ini terletak secara strategik  di Komtar Johor Bahru City Centre, pusat beli belah , tempat makan, dan tempat hiburan paling terkenal di Pusat Bandaraya Johor Bahru. Keadaan taman aktiviti seni mudah diakses dan menawarkan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak, anak-anak, belia dan ibu bapa. Waktu buka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Tiket serendah RM 75. Hanya 11 minit untuk sampai ke Komtar jika menaiki tren dari Larkin. Boleh check it out dekat linknii http://angrybirdsactivitypark.my/AboutUs-ActivityPark.html. K, pape roger !
4. Escape Waterplay, Penang.

Picture

​Nakkan pengalaman yang lebih thrill? Jom lepak kat Escape Waterplay, Teluk Bahang, Penang. Kat sini banyak terdapat banyak permainan air yang cukup power zero graviti. Antara tarikan yang best best adalah Tube Racer/ Rainbow Slide, Banana Flip dan banyak lagi wehh. Harganya serendah RM 80 hengget jer jemah oii ! Buka setiap hari kecuali Isnin. Timing startjam 9 pagi sampailah ke 6 petang. Kalau dah sampai Penang, korang boleh naik bas Rapid Penang 101 dan 102 untuk ke Escape tau. Pihak Escape bagi perkhidmatan mesra alam dekat korang. Korang boleh usha link nii http://www.escape.my/ supaya minda korang lebih terbuka lagi ! Haa tepuk !
5. [email protected] iCity, Selangor.

Picture

Kalau lah selama ni korang dengar pasal dunia cahaya lampu LED liplap dan teman tema salji dekat i- City Shah Alam, haa korang belum lagi khatam pasal tempat tu tau. Dekat sana apa yang kita tak perasan, ada lagi port baik punya iaitu Waterworld @i- City. Korang akan rasai satu- satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia, gelongsor Spiral, Giant Jacuzzi, gelongsor Rainbow, Children’s Aladdin Adventure Pool, River Adventure yang dicahayai lampu LED dan Wave Pool dengan skrin LED. Apa lagi yang korang nak weh? Lokasinya opkos ler kat Shah Alam kawasan Seksyen 7. Kat kawasan tu ada banyak bus rapid dan bas Smart Selangorku lalu so mudah lah nak ke sana. Waktu operasi dia setiap hari kecuali Selasa dan bayaran masuk ke sini cuma lah RM 30 untuk kanak -kanak dan RM 40. Untuk weekend, dia uplagi RM 10 daripada harga biasa untuk kanak- kanak dan dewasa. Dah lah ohsem habis, murah pula tu. Berbaloi- baloi ! Memang tak rugi pun pergi ! Nak usha lebih lagi haa pergi kat link http://themepark.i-city.my/attractions/waterworld   ni tengok apa yang hado ! Rugi lerr korang datang Shah Alam tak pergi sini. Heaven dohh !

COMMENTS